PENGALAMAN NIKAH DI THAILAND

PREPARATION

  •  Buat research ckit dari google,paling penting tengok dulu kelender thailand karang pegi jauh2 tutup lak, bile public holiday diorang(click sini untuk cuti 2015 thailand),then download la pe yang boleh membantu untuk kami ke sana seperti gps dn offline map(offline map xyah sibuk2 nk beli sim card diorang),offline maps boleh download kt sidebar saya ada letak link..
  • Service kereta.
  • Dokumen yang perlu di bawa.
  1. ic pasangan (kad pengenalan).
  2. Pasport Antarabangsa atau Pas Sempadan ( Bayaran pasport hanya RM200.00 untuk 5tahun).
  3. Surat pengesahan cerai dari pihak berkuasa islam di malaysia (untuk pasangan perempuan yang bercerai sahaja) atau sijil kematian suami (bagi perempuan yang kematian suami).
  4. Surat syahadah (bagi orang yang baru memeluk agama islam).
  5. Dokumen yang membuktikan individu beragama islam(bagi bukan warganergara malaysia)
  6. Visa Pelancong dan sebagainya bagi Bukan Warga Negara Malaysia untuk memasuki Malaysia dan Thailand. (Setengah Negara dikecualikan daripada visa bagi lawatan singkat sebagai pelancong yang memasuki Negara tidak melebihi 15 atau 30 hari).
  • tukar duit thailand bath.(tukar di thailand lebih elok).



1ST DAY

MELAKA - BUKIT KAYU HITAM


          MELAKA-BUKIT KAYU HITAM



SUMBER : GOOGLE IMAGE

Salam bermula la perjalanan kami..bertolak dari melaka pukul 1am sampai di changlun kedah dalam pukul 10am lambat sikit sebab banyak lalu jalan dalam nak save bajet ..sampai je di changlun tanpa membuang masa kami terus pergi cari agent insurance kereta nama kedai tak ingat dah tapi memang banyak di area changlun ni kedai insurance kereta untuk masuk ke thailand..dokumen yang perlu untuk  insurance,fotostat geran atau ada yang ori pon bagus.bayaran sebanyak rm18.00 untuk seminggu..

Sampai kat sempadan...korang kena isi minyak penuh-penuh tangki...sebab minyak kat Thailand mahal dari Malaysia ...pastu masuk lah Thailand. Kat sini nak bagi tip sikit sebab ramai orang terkial-kial masa memelalui imigresen... Sebenarnya....parking kereta dulu...semua-semua penumpang kereta pergi beratur chop passport dulu,  lepas tu baru owner kereta bawa geran dan insurance pergi yang bahagian lain untuk daftarkan kenderan dorang...jangan lupa balik pun buat macam tue..masa nak chop passport letakkan RM1.00 kat dalam passport..time balik pon sama...

DOKUMEN PERLU ADA UNTUK BAWA KERETA MASUK THAILAND

  1. Insurance (banyak di kiri kanan jalan area changlun).
  2. Geran kereta (photostat or ori).
  3. Owner kereta atau surat kebenaran owner .

COST MELAKA - BUKIT KAYU HITAM

  • MINYAK         RM 90.00  
  • TOL                  RM 60.00
  • INSURANCE   RM18.00
  • MAKAN          RM20.00
  • TOTAL            RM188.00
(UNTUK KIRAAN PERTUKARAN MATAWANG TERKINI SILA TENGOK DI SIDE BAR CURRENCY CONVERTER TQ)

BUKIT KAYU HITAM -MAIS-KONSULATE MALAYSIA
BUKIT KAYU HITAM-MAIS  


MAIS-COSULATE MALAYSIA
                                                        

                                                                          SUMBER : GOOGLE IMAGE

Bertolak dari bukit kayu hitam dalam pukul 12.00am..berbekal kan maps terus menuju ke majlis agama islam songhkla(mais) ..dalam map kena taip Central Mosque Of Songkhla baru jumpa..sampai mais dalam pukul 1.15pm waktu thailand..kt malaysia cepat 1jam kire malaysia kul 2.15pm la..time tu diorang rehat..terpaksa la tunggu..tepat je pukul 2pm waktu thailand kami pn terus ke kuanter bagi dokumen semua..

benda yang perlu ada di mais
-pasport pasangan.
-sijil kematian suami atau sijil cerai (untuk pasangan perempuan yang bercerai sahaja dan kematian suami)
-ic pasangan.
-duit rm 450.00.
-duit mas kahwin.

lepas tu tunggu sampai diorang panggil masuk ke bilik..tak sampai 5 minit diorang panggil masuk..
proses untuk akad nikah dalam 5-10minit camtu la.sekejap je..selesai je terus g kuanter tadi untuk ambil sijil nikah dan dokumen untuk dibawa ke konsulate malaysia ..bayar rm2.00 diorang photostat kan sekali dokumen yang perlu dibawa untuk bagi ke konsulate malaysia..selesai dalam kul 3.

kami terus rushing ke konsulate malaysia dengan bantuan maps sekali lagi..jarak dalam 25km dari mais..dalam  pukul 3.30pm la sampai sana..( waktu urusan di konsulate boleh tengok di sidebar)..masuk je kena tulis nama post guard depan tu..pastu terus masuk dalam ambil no..ada la dalam 2-3 pasangan dari malaysia dengan tujuan yang sama..tunggu la sampai no dipanggil dalam 15minit la juga baru no dipanggil dan terus bawa dokumen yg mais dah sedia kan tadi tu..then diorang bagi borang..isi borang hingga lengkap dan bagi balik ke kuanter tadi bagi borang dan dokumen yang mais sediakan tu..pastu diorang bagi 1 resit..resit tu simpan untuk ambik dokumen yang telah di cop keesokan hari nya..

settle semua dalam pukul 4.15pm terus cari kedai makan..lepas makan jalan2 jap kat semila beach..pastu cari la hotel yg berdekataan dengan konsulate..senang sikit nak ambik dokumen kt  konsulate..then dapat la 1 hotel murah je dalam rm35.00 duit kite..pastu rehat la secukup nye sebab hampir 14-15 jam drive..malam keluar jalan2 dan makan..pastu balik hotel rehat untuk hari esok..



COST  DI HATYAI

  • MAIS                     RM 450.00@BHT 4,500.00
  • PHOTOSTAT        RM 2.00@BHT 20.00
  • MAS KAHWIN     RM 200.00@BHT 2,000.00 (terpulang pada korang nak bagi berapa)
  • MAKAN                RM 40.00@BHT 400.00 (sekali dengan makan malam)
  • HOTEL                  RM 35.00@BHT 350.00 (1 malam)
  • TOTAL                 RM 727.00@BHT 7,270.00
(UNTUK KIRAAN PERTUKARAN MATAWANG TERKINI SILA TENGOK DI SIDE BAR CURRENCY CONVERTER TQ)

2ND DAY
tanpa buang masa kami  terus checkout hotel pukul 9.00am then terus g konsulate malaysia..hari ni xpayah dah nak tulis nama lagi kt post guard sebab semalam dah tulis.masuk dan terus ambil no..masuk ade 7-8 pasangan dengan tujuan yang sama..hari ni lama sikit orang ramai..tunggu no di panggil..setelah no di panggil terus g kuanter bagi resit semalam tu..then tunggu lagi..kali kedua diorang panggil nama then terus g kuanter buat bayaran rm10.00/dokumen yang di cop..kami 5 dokumen jadi rm50.00 sahaja..

pastikan semak dokumen tu betul2 nama no ic semua la...pastu baru la g jln2 jap..pastu terus rushing balik, isteri esoknya mula dah kerja..bertolak kul 12pm waktu hat-yai sampai melaka kul 2am waktu malaysia.

COST 2ND DAY DI HAT YAI DAN KE MELAKA

  • KONSULATE MALAYSIA   RM 50.00@BHT 500.00 (RM60.00@BHT600 untuk pasangan yang janda or kematian suami)
  • MAKAN                                 RM 50.00@BHT 500.00
  • MINYAK                                RM 40.00@BHT 400.00
  • TOL                                       RM 50.00@BHT 500.00 (balik banyak lalu dalam)
  • TOTAL                                   RM  190.00@BHT 1,900.00



TOTAL COST NIKAH DI THAILAND 2 HARI 1 MALAM

  •  RM 188.00@BHT 1,880.00
  •  RM 727.00@BHT 7,27.00
  •  RM 190.00@BHT 1,900.00
 TOTAL  RM 1105.00@BHT 1,1,050.00 
(UNTUK KIRAAN PERTUKARAN MATAWANG TERKINI SILA TENGOK DI SIDE BAR CURRENCY CONVERTER TQ)
BAGI MEMUDAHKAN LAGI UNTUK ANDA BUAT RUJUKKAN BILA SAMPAI DISANA SAYA ADA SEDIAKAN EBOOK UNTUK PENGGUNA ANDRIOD SAHAJA.SILA CLICK DOWNLOAD APP DIBAWAH.



NOTE: BLOG INI DIBINA,UNTUK MEMBERI RUJUKAN PADA PASANGAN YANG INGIN PERGI SENDIRI NIKAH DI THAILAND.TIDAK BERNIAT UNTUK MENUTUP REZEKI AGENT2 NIKAH KE THAILAND.SEKADAR MEMBANTU YANG MEMERLUKAN.PADA YANG INGIN LEBIH SENANG TANPA PERLU BUAT APA2 BOLEH MENGUNAKAN KHIDMAT AGENT2 YANG BERDAFTAR DENGAN MAIS,SEBARANG PERTANYAAN SILA COMMENTS DI BAWAH ATAU PRIVATE MASSAGE DI FACEBOOK KAMI ADA DI SIDEBAR.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






PUBLIC HOLIDAY 2015 THAILAND

PUBLIC HOLIDAY 2015 THAILAND
01 Januari 2015KhamisTahun Baru
03 Januari 2015SabtuMaulud Nabi
19 Februari 2015KhamisTahun Baru Cina
14 April 2015SelasaPesta Sonkran
1 Mei 2015JumaatHari Buruh
1 Jun 2015IsninHari Wesak/Visakha Bucha
6 Jun 2015SabtuHari Jadi Yang DiPertuan Agung
17 Julai 2015JumaatHari Raya Puasa
18 Julai 2015SabtuHari Raya Puasa
17 Julai - 23 Julai 2015Jumaat - KhamisMajlis Agama Thailand ditutup
12 Ogos 2015RabuHarijadi Raja Permaisuri
31 Ogos 2015IsninHari Merdeka
16 September 2015RabuHari Malaysia
24 September 2015KhamisHari Raya Qurban
14 Oktober 2015RabuAwal Muharam
10 November 2015SelasaDeepavali
05 Disember 2015SabtuHarijadi Raja
25 Disember 2015JumaatHari Natal